ABOUT
US
Creating Friendship. Promoting Partnership. 15 Years of delivering excellence!
Hasri Saidin

Ramai juga yang bertanya saya, apa makna di sebalik nama HAIBRO. Biasanya jawapan saya akan bermula dengan sekuntum senyuman. Kerana kemesraan adalah juga nilai teras jenama HAIBRO.
Sebetulnya perkataan HAIBRO diasaskan dari lambang ikatan persahabatan. Kombinasi nama beberapa sahabat baik yang memulakan. Dengan impian dan harapan untuk mewujudkan entiti perniagaan yang boleh bertahan dan mampan. Selagi nyawa dikandung badan.
Akhirnya HAIBRO menjadi satu jenama yang unik. Singkatan HAI bermaksud “Hello”, dan BRO pula bermaksud “Brother”. Ucapan ringkas ramah mesra. Pembuka kata bicara. Asas bagaimana sebuah persahabatan itu bermula.
Hai Bro … Apa khabar?
Hai Bro … Jom minum.
HAIBRO juga sentiasa mahu mencipta persahabatan yang erat serasi. Serta membina perkongsian yang bijak bestari. “Friendship to Partnership” … begitulah bunyinya.
Impian dan harapan HAIBRO adalah untuk berkembang secara semulajadi. Saling berkongsi. Ilmu dan nilai murni. Serta melakar inspirasi. Satu hari nanti, HAIBRO ingin terbang tinggi. Berkongsi keindahan yang di langit. Dan memberi inspirasi kedamaian yang di bumi.
Facebook, 08 Oct 2018
Vision
Mission
Core Values
Istiqamah
Tawadhu
Jamaah
Leadership Behind Our Success

Hasri Saidin

Basri Hasan

JaIri Johari

Nazri Shahran

Shahruladzli Jamil
Partnership Through Years



